Event Infomation
Tempoh Daftar : sampai habis stok
Tarikh Larian : 1 Jan - 31 May 2026
Jarak : 10KM, 21KM, 84KM
Hantaran Rekod : di website
Aktiviti diterima : Berjalan, Berlari, Cycling, Hiking
Tarikh Akhir Hantar Rekod : 31 May 2026
PERCUMA Event Tee untuk pendaftaran Full Kits yang mendaftar sebelum 1 Feb 2026
Konsisten Lebih Penting Dari Laju.
The Stride Lines Virtual Run ialah acara larian maya oleh Run Nation untuk mereka yang mahu kekal aktif tanpa tekanan masa dan lokasi.
Acara ini berlangsung dari 1 Januari hingga 31 Mei 2026, memberi kebebasan kepada peserta untuk melengkapkan jarak pilihan mengikut rentak sendiri. Pilih 10KM, 21KM, atau 84KM mengikut kemampuan dan sasaran peribadi.
Sebarang aktiviti diterima selagi dilakukan dengan selamat seperti berjalan, berlari, treadmill, indoor walk/run atau hiking. Lokasi juga bebas, di mana sahaja anda selesa.
Rekod aktiviti boleh dihantar melalui website sebelum atau pada 31 Mei 2026.
Sebagai ganjaran pendaftaran terawal, event tee PERCUMA ditawarkan sehingga 31 Januari 2026, selagi stok masih ada.
The Stride Lines, gerak ikut cara anda, ikut rentak sendiri.
Soalan Lazim
Bagaimana cara untuk mendaftar?
Klik butang “Daftar Sekarang”, pilih jarak larian, dan isi maklumat yang diperlukan seperti nama, email dan nombor telefon.
Saya dah daftar. Apa langkah seterusnya?
Pasukan kami akan menghantar e-BIB number melalui email dalam tempoh 24 jam waktu bekerja. Anda juga boleh menyemak e-BIB di website dengan menekan tab “Semak E-BIB”.
Jika pendaftaran dibuat pada hujung minggu, email akan dihantar pada hari Isnin berikutnya.
Bolehkah saya mula berlari walaupun belum terima BIB number?
Ya. Anda boleh mula melakukan larian walaupun belum menerima BIB number, selagi aktiviti tersebut dibuat dalam tempoh larian yang ditetapkan.
Aplikasi apa yang boleh digunakan untuk rekod larian?
Sebarang aplikasi diterima, selagi rekod menunjukkan jarak dan aktiviti yang dilakukan.
Adakah jarak larian boleh dikumpulkan?
Ya. Jarak boleh dikumpulkan tanpa had sepanjang tempoh larian.
Adakah rekod larian sebelum saya mendaftar diterima?
Ya. Rekod larian diterima selagi ia dilakukan dalam tempoh larian acara, iaitu dari 1 Januari hingga 31 Mei 2026.
Bagaimana cara untuk hantar rekod larian?
Pergi ke website dan klik tab “Hantar Rekod”. Isi maklumat yang diminta dan lampirkan rekod larian. Rekod boleh dihantar setiap kali selesai larian, seminggu sekali, atau tunggu sehingga cukup jarak dan hantar sekali gus.
Bila baju atau medal akan dipos kepada peserta?
Penghantaran baju dan medal akan dibuat selepas peserta selesai melengkapkan jarak larian. Proses penghantaran dijangka bermula 1 Mar 2026.