Run Into 2026

1/6

Event Infomation

Tempoh Daftar : sampai habis stok

Tarikh Larian : 15 Dec - 28 Feb 2026

Jarak : 10KM, 26KM

Hantaran Rekod : di website

Aktiviti diterima : Berjalan, Berlari, Cycling, Hiking

Tarikh Akhir Hantar Rekod : 10 Mar 2026

Pendaftaran masih di buka.

Anda masih mencari fitness push factor untuk tahun 2026?

Bersedia melangkah ke tahun baru dengan penuh semangat!

Run Into 2026menawarkan cabaran 10KM atau 26KM yang boleh dilengkapkan sepanjang tempoh 5 Disember 2025 hingga 28 Februari 2026.

Daftar Sekarang

Soalan Lazim

Bagaimana cara untuk mendaftar?

Klik butang “Daftar Sekarang”, pilih jarak larian, dan isi maklumat yang diperlukan seperti nama, email dan nombor telefon.

Saya dah daftar. Apa langkah seterusnya?

Pasukan kami akan menghantar e-BIB number melalui email dalam tempoh 24 jam waktu bekerja. Anda juga boleh menyemak e-BIB di website dengan menekan tab “Semak E-BIB”.

Jika pendaftaran dibuat pada hujung minggu, email akan dihantar pada hari Isnin berikutnya.

Bolehkah saya mula berlari walaupun belum terima BIB number?

Ya. Anda boleh mula melakukan larian walaupun belum menerima BIB number, selagi aktiviti tersebut dibuat dalam tempoh larian yang ditetapkan.

Aplikasi apa yang boleh digunakan untuk rekod larian?

Sebarang aplikasi diterima, selagi rekod menunjukkan jarak dan aktiviti yang dilakukan.

Adakah jarak larian boleh dikumpulkan?

Ya. Jarak boleh dikumpulkan tanpa had sepanjang tempoh larian.

Adakah rekod larian sebelum saya mendaftar diterima?

Ya. Rekod larian diterima selagi ia dilakukan dalam tempoh larian acara, iaitu dari 1 Januari hingga 31 Mei 2026.

Bagaimana cara untuk hantar rekod larian?

Pergi ke website dan klik tab “Hantar Rekod”. Isi maklumat yang diminta dan lampirkan rekod larian. Rekod boleh dihantar setiap kali selesai larian, seminggu sekali, atau tunggu sehingga cukup jarak dan hantar sekali gus.

Bila baju atau medal akan dipos kepada peserta?

Penghantaran baju dan medal akan dibuat selepas peserta selesai melengkapkan jarak larian. Proses penghantaran dijangka bermula 14 Februari 2026.