ELEVATE THE LEBA-RUN

1/6

Event Infomation

Tempoh Daftar : sampai habis stok

Tarikh Larian : 07 Mar - 30 Apr 2026

Jarak : 5KM | 42KM

Hantaran Rekod : di website

Aktiviti diterima : Berjalan, Berlari, Cycling, Hiking

Tarikh Akhir Hantar Rekod : 30 Apr 2026

SPECIAL medal untuk Lebarun tahun ini dimana pintu nya boleh dibuka.

Larian santai tapi impaknya besar. Teruskan berlari....

Naikkan Tahap Setiap Langkah

Pernah rasa nak mula lari tapi asyik tangguh?
Atau dah biasa lari dan nak cabar diri lebih jauh?

Elevate Leba-Run adalah peluang anda untuk gerak, peluh dan rasa bangga dengan diri sendiri — ikut cara dan masa anda sendiri!

Tak perlu bangun seawal subuh untuk flag-off.
Tak perlu risau tentang masa terpantas.
Yang penting, anda mula… dan anda habiskan.

Pilih 5KM kalau nak mula langkah pertama.
Pilih 42KM kalau nak uji konsistensi dan ketahanan.

Dari 7 Mac hingga 30 April 2026, anda bebas lari di mana sahaja — taman, treadmill, kawasan rumah, tepi pantai, kampung, bandar — semuanya dikira!

Setiap langkah kecil yang anda ambil, itu satu kemenangan.
Setiap kilometer yang lengkap, itu satu pencapaian.

Ini bukan sekadar larian.
Ini perjalanan untuk jadi versi diri yang lebih baik.

Ayuh, daftar sekarang dan Naikkan Tahap Setiap Langkah!

Daftar Sekarang

Soalan Lazim

Bagaimana cara untuk mendaftar?

Klik butang “Daftar Sekarang”, pilih jarak larian, dan isi maklumat yang diperlukan seperti nama, email dan nombor telefon.

Saya dah daftar. Apa langkah seterusnya?

Pasukan kami akan menghantar e-BIB number melalui email dalam tempoh 24 jam waktu bekerja. Anda juga boleh menyemak e-BIB di website dengan menekan tab “Semak E-BIB”.

Jika pendaftaran dibuat pada hujung minggu, email akan dihantar pada hari Isnin berikutnya.

Bolehkah saya mula berlari walaupun belum terima BIB number?

Ya. Anda boleh mula melakukan larian walaupun belum menerima BIB number, selagi aktiviti tersebut dibuat dalam tempoh larian yang ditetapkan.

Aplikasi apa yang boleh digunakan untuk rekod larian?

Sebarang aplikasi diterima, selagi rekod menunjukkan jarak dan aktiviti yang dilakukan.

Adakah jarak larian boleh dikumpulkan?

Ya. Jarak boleh dikumpulkan tanpa had sepanjang tempoh larian.

Adakah rekod larian sebelum saya mendaftar diterima?

Ya. Rekod larian diterima selagi ia dilakukan dalam tempoh larian acara, iaitu dari 1 Januari hingga 31 Mei 2026.

Bagaimana cara untuk hantar rekod larian?

Pergi ke website dan klik tab “Hantar Rekod”. Isi maklumat yang diminta dan lampirkan rekod larian. Rekod boleh dihantar setiap kali selesai larian, seminggu sekali, atau tunggu sehingga cukup jarak dan hantar sekali gus.

Bila baju atau medal akan dipos kepada peserta?

Penghantaran baju dan medal akan dibuat selepas peserta selesai melengkapkan jarak larian. Proses penghantaran akan di update dari masa kesemasa